
Buku ini adalah buku pertama di dalam siri "Diari Conteng Jimi" terbitan Komik-M (Komik-Malaysia). Siri buku cerita berilustrasi ini penuh dengan nostalgia dan imaginasi. Menceritakan kisah hidup kanak-kanak berimaginasi tinggi, Jimi serta rakan-rakan karibnya dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian.

Siapa "Raksasa Misai" yang dimaksudkan? Apakah cabaran yang Jimi perlu hadapi untuk memiliki basikal idamannya? Semuanya terungkai di dalam buku penuh contengan comel ini.
Nota: Buku ini adalah buku pertama daripada penulis setelah mendapat tawaran menulis daripada penerbit, PTS Malaysia. Buku cerita ini juga pernah diterbitkan di Indonesia di bawah tajuk. 'Jimi dan Raksasa Berkumis di Sekolah' terbitan Penerbit Mizan, Indonesia.







