

Siri "Diari Conteng Jimi" terbitan Komik-M. Penulis/Pelukis: Fadhli Hamdan.
Pada penghujung 2024, saya mula menulis buku kelima dalam siri “Diari Conteng Jimi” terbitan Komik-M. Selepas beberapa bulan menulis, saya ambil keputusan untuk hasilkan dua buku terus kerana cerita yang ingin disampaikan terasa sudah tidak muat untuk satu buku sahaja. 😆
Lagipun, kedua-dua buku ini adalah “comeback” untuk siri ini selepas sekian lama. Jadi baguslah ada dua buku sekaligus untuk mengubat rindu pembaca-pembaca yang sudah begitu lama menunggu.
Terasa berbunga di hati. Tak sabar nak tengok hasil akhirnya nanti.
Saya akan kongsi perjalanan kedua-dua buku ini dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang mohon doakan semuanya berjalan lancar ya. 😊
Terkini
Okt 2025 - Kedua-dua manuskrip sudah dihantar ke pihak penerbit
Sep 2024 - Contengan dimulakan







