Beberapa bulan lepas, saya mendapat tawaran menulis buku oleh sebuah penerbit buku yang dikenali ramai, PTS. Hmm.. rasanya perkataan 'menconteng buku' mungkin lebih sesuai digunakan.
Kalau nak disenaraikan jumlah dan jenis buku yang sudah diterbitkan oleh PTS mungkin akan menyebabkan saya terpaksa menaip terlalu lama sehingga tercabut sebiji lagi keypad laptop saya ini. Jadi kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang PTS, sila klik sini.
Selepas mendapat emel tawaran berkerjasama, saya dan isteri pun berjumpa dengan dua orang editor, Cik Rashiela Nurain dan Cik Amirah Hassan. Perjumpaan dilakukan pada pagi Sabtu yang hening lagi suci. Kedai belum buka pun kami sudah sampai.
Antara buku-buku dan komik-komik terbitan PTS
Selepas mendapat emel tawaran berkerjasama, saya dan isteri pun berjumpa dengan dua orang editor, Cik Rashiela Nurain dan Cik Amirah Hassan. Perjumpaan dilakukan pada pagi Sabtu yang hening lagi suci. Kedai belum buka pun kami sudah sampai.

Pertemuan pertama editor-editor PTS dengan penulis blog yang sangatlah naif
Semuanya nampak bersemangat kerana sarapan pagi itu dibelanja oleh saya. Okey tipu, editor-editor PTS yang belanja sebenarnya.

Berita dikongsi dengan pantas di facebook conteng²
Projek terbaru ini mengekalkan konsep contengan yang segar dan selamba, sama seperti buku conteng² edisi pertama dan kedua yang saya hasilkan secara indie.
Ini beberapa sedutan daripada manuskrip yang sudah dihantar bagi proses suntingan:-

Buku ini ada contengan,

dan lebih banyak contengan,

dan lebih lebih lebih banyak contengan!
Ada banyak lagi info tentang projek ini yang belum saya terangkan seperti apakah tajuk buku, sinopsis, tarikh penjualan, kedai mana yang menjual, dan pengalaman sepanjang berkerjasama dengan penerbit buku yang besar. Saya akan kongsi lebih banyak info dan gambar-gambar dari masa ke semasa di facebook dan blog.
Saya harap berita ini adalah berita baik untuk semua penyokong blog ini. Doakan projek ini berjalan lancar ya. Amin.
Bersambung di entri "Tawaran Menulis Buku Kedua".








