Tag nama yang masih disimpan
Selepas tamat SPM, aku bekerja
part time di restoran piza sementara menunggu keputusan keluar.
Gaji yang ditawarkan adalah seperti di atas.
Jumlah jam bekerja setiap hari pula tak menentu. Selalunya seperti di atas.
Restoran itu dibahagikan kepada beberapa
section. Setiap pekerja pula ditugaskan menjaga
section-section berlainan. Hari ini jaga
section A, esok lusa mungkin jaga
section C pula. Setiap pekerja juga akan bertanggungjawab dengan
section yang dijaga.
Pada suatu hari, seorang pelanggan lari (makan dan
blah tanpa bayar) dari
section jagaan aku. Masa tu aku tak perasan sebab aku tengah layan
customer di
section lain.
Ini bermakna aku kena bayar jumlah makanan yang dipesan
customer yang lari pada hari itu. Jumlahnya seperti di atas.
1 jam bekerja dapat RM3.50. Pada hari tersebut aku bekerja 7 jam. Setelah membuat kira-kira, maka jumlah gaji aku pada hari tersebut adalah sebanyak:-
Maknanya pada hari tersebut, aku bukan sahaja bekerja secara percuma, tetapi kena bayar 50 sen untuk bekerja 7 jam.
***
Mr. X: Hang pi layan customer section len buat pa.
Aku: Habis tu customer tu dah panggil-panggil aku. Takkan aku nak buat bodow pulok.