

Realiti Atau Imitasi?
🔶 Cerita polos ini menunjukkan dua situasi berbeza dihadapi penulis ketika kecil dan dewasa apabila melihat sesuatu yang disangkakan benar namun sebaliknya sekadar imitasi.
📺 Gambar pertama menunjukkan penulis ketika kecil yang merasa kecewa melihat seorang dewasa yang mudah tertipu dengan video mempunyai efek CGI.
🤖 Gambar kedua pula menunjukkan si penulis bersama seorang kanak-kanak—kemungkinan besar gen Alpha—yang menegurnya berkenaan video manipulasi AI. Namun kali ini, si penulis pula yang terkeliru antara realiti dan imitasi.
💊 Kisah ini menunjukkan kuasa teknologi imitasi—sama ada CGI ataupun AI—dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam format video ataupun teks. Oleh kerana peredaran zaman dan lanjutan usia, si penulis yang dahulunya tajam amatannya, akhirnya tertipu dengan teknologi termaju.
🤖 Penulisan ini bukanlah copy paste AI. Sengaja penulis meniru stail penulisan AI. Biar AI pula rasa bagaimana perasaan manusia diimitasi setiap hari. Tibah.
Kongsi komen anda di:











