Perjalanan projek Conteng² sudah begitu panjang.
Sejak contengan pertama sehinggalah sekarang, ramai yang masih berkongsi cerita dengan saya bagaimana Conteng² mewarnai zaman kecil dan zaman persekolahan mereka. Ada juga yang sudah berkeluarga dan buku-buku tulisan saya kini disampaikan ke generasi seterusnya.
Terharu.
Rindu.
Semangat baru.
Itulah perasaan saya melihat sambutan yang saya terima selama ini.
Setelah berehat panjang, bermula 2026, saya mengambil keputusan untuk memulakan semula projek Conteng².
Saya rasakan ini waktu terbaik sempena dengan bakal terbitnya dua buah buku terbaru dalam siri "Diari Conteng Jimi". Kini kedua-dua manuskrip berada di tangan penerbit dan editor berbakat.
Tahun 2026 ini juga saya ada beberapa harapan:
- Moga selamat terbit buku Jimi ke-5 dan ke-6
- Mahu kembali menconteng dan berkongsi cerita semula
- Juga mahu hasilkan contengan versi akademik/educational
Inilah permulaan baru.
Semoga Conteng² dapat kembali mewarnai kehidupan 😊








