Alhamdulillah diberikan lagi peluang untuk menyumbangkan contengan untuk komik antologi Sains oleh @komikm. Bukan sahaja kedua-dua buku ada contengan saya, diberikan juga peluang untuk memberikan komentar saya tentang komik dan sains. Sudah semestinya dengan riang hati dan rendah dirinya saya menerima tawaran penerbit. Terima kasih sangat2.😭
Ada pelbagai topik yang saya ceritakan dalam kedua-dua komik ini.
Mengapa wujudnya kembar tidak seiras?
Mengapa ada buah-buahan tidak berbiji?
Jagung berperisa kentang?
Apa terjadi sekiranya ada sepuluh Mimi?
Perihal genetik, epigenetik, pengklonan, tisu kultur dan pelbagai topik berat cuba saya sampaikan dalam bentuk mudah difahami dan bersahaja. Cari je lukisan paling sempoi dalam kedua2 buku ini. Tahulah siapa yang lukis nanti. 😆
Lebih menarik, kali ini semuanya diceritakan dari POV Mimi!
Sehingga kini, sudah ada 9 buku dengan nama saya dijual di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua pembaca yang tidak pernah berhenti berikan sokongan. Moga Tuhan balas jasa baik kalian. 🤲🏻
Jangan lupa ye dapatkan kedua-dua buku ni nanti ✨😊✨
Aku, Kau & Sains: Eksplorasi
Aku, Kau & Sains: Eksperimentasi








