
Sekarang, sudah lebih 7 tahun aku berada di dalam bidang sains. Aku juga suka bidang ini kerana ia masih perlukan kreativiti, sama seperti bidang seni, cuma bezanya aku tidak bermain dengan mikroskop semenjak kecil.
Melukis pula adalah hobi aku semenjak aku belajar memegang pensel. Aku mahu ia kekal sebagai hobi sampailah bila-bila. Mungkin dengan cara itu, aku takkan pernah hilang rasa seronok melukis. Mungkin dengan cara itu, aku dapat menimba ilmu dan pengalaman daripada dua dunia yang sangat berbeza, tetapi sama pelik dan menyeronokkan.







