Ada berita baik. Saya sudah dapatkan stok baru kedua-dua buku conteng Jimi terus daripada gudang penerbit (PTS). Ini kali ketiga saya mendapatkan stok. Sebelum ini sudah hampir 200 naskhah saya poskan kepada pembeli-pembeli. Malahan, naskhah untuk simpanan saya dan isteri pun kami terpaksa berikan kepada pembeli dahulu sebab tak mahu pembeli tunggu lama untuk saya dapatkan stok yang baru. Terima kasih sangat-sangat untuk sokongan anda.
Atas permintaan ramai di facebook sebelum ini, 'business card' contengconteng juga akan diselitkan sekali dengan setiap pembelian mulai hari ini.







