Lagu Tema: Menceceh Bujang Lapok - P. Ramlee
Khas kepada anda yang sudah mengikuti blog saya semenjak Hari Pertama, kepada anda yang sentiasa memberikan sokongan serta kata-kata semangat, dan kepada anda yang sudi singgah di blog comot saya ini, saya persembahkan:-

Info Buku
#1: Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah (ISBN-13: 978-967-410-075-9)
#2: Jimi Dalam Akibat Jambul Alif (ISBN-13: 978-967-410-088-9)
#2: Jimi Dalam Akibat Jambul Alif (ISBN-13: 978-967-410-088-9)
Harga: RM12.90 senaskhah
Penerbit: PTS POP Sdn Bhd

Buku Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah dan Jimi Dalam Akibat Jambul Alif ini adalah dua buku pertama hasil tulisan dan contengan saya yang kini berada di pasaran kedai-kedai buku kegemaran anda di seluruh Malaysia (POPULAR, MPH, dan sebagainya). Kedua-duanya diterbitkan oleh penerbit buku dikenali ramai, PTS.
Saya mendapat tawaran menulis oleh PTS selepas seorang pembaca berkongsi blog conteng2 dengan seorang editor di sana. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada beliau. Atas jasa baik beliau dan anda semua yang membaca blog ini, salah satu impian saya semasa kecil dulu sudah pun tercapai.
Saya mendapat tawaran menulis oleh PTS selepas seorang pembaca berkongsi blog conteng2 dengan seorang editor di sana. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada beliau. Atas jasa baik beliau dan anda semua yang membaca blog ini, salah satu impian saya semasa kecil dulu sudah pun tercapai.

Sinopsis
Kedua-dua buku ini menceritakan tentang Jimi, seorang pelajar lemah yang berimpian memiliki basikal idamannya. Ayahnya berjanji akan membelikan sebuah basikal sekiranya beliau berjaya mendapatkan 5A di dalam peperiksaannya.
Beliau tekad. Beliau perlu bersaing dengan kembarnya, Mimi yang lebih pandai dan banyak kelebihan berbandingnya. Nasib baik Jimi ada kawan-kawan baik, Ganesh dan Jason yang sering membantu.
Namun, di sekolah, Alif yang selalu dengki sering mengganggunya. Bukan itu sahaja, di sekolah juga ada Raksasa Misai!
Siapakah Raksasa Misai? Apakah yang terjadi antara Jimi dan Alif? Dapatkah Jimi memiliki basikal idamannya? Apakah yang beliau lakukan bagi mencapai impiannya?
Contoh-contoh Muka Surat
Seperti yang saya pernah cakap sebelum ini, kedua-dua buku ini ada banyak contengan. Saya gunakan pen, pensel, dan pemadam sahaja. Harap-harap anda suka. =)

Dedikasi

Antara buku-buku lain terbitan PTS. Dapatkannya juga di kedai-kedai buku berdekatan.
Terima kasih kepada PTS kerana memberikan peluang dan ruang kepada penulis penconteng underdog seperti saya untuk berkongsi hasil kerja saya di luar sana.
Terima kasih juga kepada keluarga, isteri, editor-editor, designer-designer, dan semua yang terlibat dari A - Z dalam pembikinan buku ini (juga kepada anda kerana mengundi untuk design kulit buku di facebook tempoh hari). Anda semua memang ohsem!
Ini adalah percubaan pertama saya di luar sana. Doakan semuanya berjalan lancar.
50 Pembeli Terawal
Buat masa ini, saya juga akan menjual kedua-dua buku ini kepada 50 pembeli terawal.Oleh kerana kedua-dua buku ini adalah sebuah cerita yang bersambung, saya akan jual kedua-duanya sekali dalam satu tempahan. Ini bermakna, dalam satu tempahan yang anda hantar, anda akan mendapat:
1 naskhah buku Raksasa Misai + 1 naskhah buku Jambul Alif
(dan saya akan sign kedua-dua buku atas permintaan)

Terkini (18 Julai, 2013): Bagi membuat pesanan, sila klik sini. Terima kasih.
***
Kalau boleh, hebah-hebahkanlah juga dengan kawan-kawan dan saudara mara di facebook tentang kewujudan buku-buku ini. Saya hargai sangat-sangat-sangat bantuan promosi anda itu.








