Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian Akhir

Labah-labah yang jatuh atas kepala aku pada hari itu sangat besar. Bukan, menatang itu..
MEGA BESAR!

Aku beranikan diri. Aku tengok labah-labah itu tak bergerak. Bila aku perhatikan betul-betul, rupa-rupanya menatang itu hanyalah labah-labah plastik.

Aku bertambah musykil. Bila aku tengok atas, hanya ada langsir. Dari mana pula labah-labah plastik mega besar ini muncul?

Adakah ia muncul secara tiba-tiba dari langit dan jatuh terus ke dalam rumah aku?

Atau mungkinkah aku sudah ditakdirkan menjadi spider-man? Barulah epik!

Pelbagai rumusan yang dikeluarkan tetapi satu pun tidak boleh diguna pakai. Aku hanya mampu duduk tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah terjadi.
Bersambung ke bahagian akhir..







